nama yg unik bagi aku & pelik...sekali dengar akan menjadi ingatan
Pekan Kodiang dihubungi dengan jalan raya yang baik samada dari Kangar, Changloon, Jitra atau Alor Setar. Terdapat sebuah stesyen keretapi di Kodiang. Keretapi Ekspress Langkawi dari Kuala Lumpur akan singgah di Stesen Arau, dan dari sini anda boleh menaiki bas atau teksi untuk ke Kodiang.
Mengikut cerita perkataan kodiang berasal dari bahasa Thai iaitu "tanah merah". Satu ketika dulu Kodiang terkenal dengan "Passembur Kodiang".
Jika anda berhajat untuk mendapatkan ikan keli yang segar dari bendang, anda bolehlah melawat pasar Kodiang. Disini anda akan dapati banyak Ikan Keli, Haruan dan Sepat dijual setiap pagi. Anda juga boleh membeli hasil pertanian yang segar dari petani seperti buah-buhan, sayur-sayuran dan lain-lain produk pertanian yang dibawa oleh petani dari kampung-kampung sekitar Kodiang. Rebong adalah sejenis sayuran utama yang boleh diperolehi di daerah ini dan banyak dijual oleh petani-petani. Hasil rebong diperolehi oleh petani yang berusaha mencari dipinggir hutan sekitar Kodiang dan Cangloon.
Pekan Nat Kodiang
Hari Sabtu setiap minggu adalah hari Pekan Nat Kodiang (Pekan sehari) dimana hasil pertanian dijual disini. Penjual terdiri dari peniaga-peniaga kecil yang datang dari kawasan persekitaran dan juga dari Selatan Thailand. Penduduk sekitar Kodiang akan datang ke sini untuk membeli belah keperluan harian. Pelawat yang datang ke Pekan Nat Kodiang boleh memdapat pelbagai hasil pertanian yang dikeluarkan oleh para petani seperti rebong, ikan haruan kering, ikan sepat kering dan ikan sepat ronggeng.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
1. Gua Kerbau
2. Bukit Kodiang
3. Bukit Keplu
No comments:
Post a Comment